asalmualaikum, sebagai pemula bicara saya ingin meminta maaf terlebih dahulu kepada pembaca-pembaca sekalian.Saya tidak berpihak kepada sesiapa, tetapi saya amat khuatir dengan politik yang menular didalam negara kita.
apa, sudah jadi dengan MELAYU... melayu membodohkan sesama melayu.Wadah perjuangan melayu semakin jelas, iaitu dengan menjatuhkan melayu lain.
keadaan ini semakin menjadi-jadi dikala negara kita sedang kuat mengalami tekanan dari luar, melayu malaysia tidak jemu-jemu menyerang satu sama lain.
sedarlah wahai melayu islam Malaysia, jikalau bangsa china ada tanahnya sendiri di ''TANAH BESAR CHINA, HONG KONG , TAIWAN DAN SEBAGAINYA'' bangsa india pula ada tanah nya sendiri di '' INDIA'' .. Melayu hanya ada sekeping tanah sahaja di sini di Malaysia, DIsinilah HAB melayu. disinilah tempat untuk kita berprestasi dan menunjukkan pada dunia siapa kita disini jugalah tempat kita dilahirkan dan mungkin tempat disemadikan dan disini jugalah menjadi tempat untuk kita menunjukkan rasa kasih kepada bangsa lain.
APA perlunya kita bergaduh, APA perlunya kita memfitnah dan memburukkan antara satu sama lain. sedar atau tidak kekuatan melayu malaysia sudah sampai sehingga ke se-antero Nusantara, Tanah kita jugalah yang menjadi medan melayu INDONESIA, Islam bangladesh, Islam pakistan dan sebgainya untuk mencari makan. sekiranya kita tidak utuh dan rebah semua institusi islam dan institusi melayu di rantau kita akan turut terjejas.
Melayu islam malaysia tidak bodoh dan kita juga tidak lemah. Pernah kita dihina kerana tidak tahu untuk membuat sebatang jarum, tapi kini lihat apa yang kita capai, kita ukn sahaja boleh bangun sendiri malah orang luar turun berduyun-duyun ke tanah kita untuk berkongsi nikmat, nah apa lagi wahai bangsa ku.
Runtuhnya Melaka dulu , kerana adanya dengki mendengki dan fitnah memfitnah , kenapa tidak kita semua membuka mata dan mengkaji semula sejarah dahulu agar ia tidak berulang lagi.
No comments:
Post a Comment