Monday, April 13, 2009

Pengertian dalam hidup ini akan dapat kita kecapi jikalau adanya kepahitan.

benar atau tidak?
Apa yang saya nyatakan mungkin adalah satu kenyataan yang bakal dianggap subjektif oleh banayk pihak. tetapi jika disorot kembali sejarah , hampir tepat untuk kita simpulkan bahawa apa yang segala nikmat dan kebahagiaan yang kita dapat hari ini sebenarnya lahir dari kepahitan dan kepayahan.

saya amat tertarik untuk mengambil bait-bait dari lagu ini '' berjuang ertinya berkorban, rela terhina kerna kebenaran , antara dua jadi pilihan , dunia yang fana atau syurga''

Nabi Muhammad S.A.W.
Baginda merupakan rasul agong junjungan kita yang telah merelakan HAMPIR KESEMUA dari hidupnya untuk umat yang amat dikasihi.seksaan dan banyk dugaan yang telah baginda tempoh. sehingga adakalanya nyawa baginda hampir dihujung tanduk. apakah erti keperitan yang baginda lalui, apakah kebahagiaan baginda dikorban untuk sesutau yang sia-sia. Jawapannya jelas, kehadiran hati-hati yang mendakwa Allah itu tuhan mereka terus betebaran di muka bumi hingga kehari ini walaupun sudah berapa abad ketiadaan baginda. Nah, contoh yang paling mudah telah saya bawa dan cotoh ini membuktikan bahawa keperitan dan kepayahan yang kita lalui pada hari ini sebernya bertujuan untuk memamtangkan kita , dan menambahkan pokok pengalaman yang hasilnya apabila kita tuai akan menjadikan kita insan yang lebih gemilang.

saudara dan saudari yang saya hormati '' berjuang tak pernah senang , ombak derita tiada henti, susah senang silih berganti, itulah sunnah orang berjuang''

APAKAH ERTINYA UJIAN

Maka setelah membaca petikan diatas, jelaslah bahawsanya ujian, kepahitan itu adalah unsur penting untuk menjadikan kita lebih gagah. contoh yang paling logik yang boleh dibawa sebagai perbincangan adlah , ujian bertulis yang diakdakan di sekolah. sememamngnya untuk para pelajar yang menginginkan pencapaiain yang paling baik, mereka akan melalui satu fasa yang saya panggil sebagai '' exam stress'' . fasa ini jelas membuatkan setiap insan yang bergelar pelajar akan memberikan hampir 120% tumpuan. segala aktiviti rutin yang selalu dilakukan mungkin akan dikurangkan atau diberhentikan terus buat seketika. tipulah untuk mengatakan keadaan begini indah.sememangnya bagi manusia normal, stress yang berterusan akan menyebabkan keadaan hidup menjadi tidak menentu. persoalanya disini apakah yang membuatkan insan yang bernama pelajar ini mamapu untuk bertahan, pakah yang mebuatkan mereka mampu untuk mengharungi semua kepahitan ini. tidakakh terlintas dibenak fikiran mereka bahawa kegagalan untuk mereka belajar ini sebenarnya tidak akan menjejaskan hidup mereka secara total dan masih ada banyak lagi peluang diluar sana. apakah yang membuatkan mereka merasa tertekan dan takut?

ALLAH adalah kunci bagi segalanya.

Sebanarny saudara dan saudari sekalian. Allah sengaja mencampakkan rasa takut, dan tertekan di dalam hati-hati manusia. untuk menghadapai sesuatau tekanan yang besar, sebab itulah penting bagi kita untuk mempelajri teknik menghadapi tekanan agar kita tidak terbawa-bawa. setiap dari kita tidak sepatutnya mempersoalkan, ''mengapakah akau berasa takut, mengapakah aku berasa gugup'' ini kerana perasaan -perasaan ini adlah hadiah dari Allah S.WT kepada kita semua. percaya atau tidak perasaan inilah yang mendorong kita untuk belajr dan berjaga sehingga lewat malam semata-mata untuk lulus didalam peperiksaan. Bayangkan jika didalam jiwa-jiwa kitatiada perasaan sebegini maka semagat kita untuk terus berjuang didalam minggu peperiksaan akan pudar. kebanyakkan pelajar akn mula memperuntukkan banyak masa untuk perkara-perkara lain. TIDAK PERCAYA? mari saya buktikan!.Ambil contoh disekolah menengah, ada sesetengah sekolah pendidiakan seni tidak dikira untuk markah keseluruhan, maka apabila ia tidak termasuk didalam markah keseluruhan, pelajar akan mula mengabaikan matapelajaran ini, tiada penekanan langsung diberikan pada matapelajaran ini, hatta semasa peperiksaan pun pelajar-pelajar tanpa rasa takut atau bimbang terus ,meneka jawapan objektif yang ada.ini kerana gagal atau lulus tidak akan memberi kesan kepada mereka.ada diantara pelajar-pelajar langsung tidak mengambil inisiatif untuk menelaah pelajran ini, dan sekiranya matapelajaran ini yang terakir didalam jadual peperiksaan pelajar-elajr sudahpun mengaggap hari '' merdeka '' sudah tiba.

inilah senario yang biasa kita tatap .dikala manusia tidak mempunyai perasaan takut bimbang atau cemas inilah yang akn berlaku. ''outcome'' untuk permasalahan ini maka akan terhasillah jiwa-jiwa yang layu dan gagal.

kesimpulanya disini, kepayahan kesukaran dan segala macam tekanan yang kita hadapi sebenrnya adalah untuk mematangkan kita dan menjadikan kita insan yang lebih baik, sekiranya disekolah-sekolah tiada ujian atau ''final exam'' kemanakah anada akan pergi, bila anda akan mula bekerja , sejauh manakah anda faham tentang apa yang anda pelajari?..semua persoalan ini tidak akan terjawab sekiranya tiada ujian, dan untuk menjadi seorang yang dapt melaui ujian inin dengan baik , kita dianugerahkan dengan perasaan takut, cemas yang sememangnya membuatkan kita tidak selesa tetapi pada masa yang sama akn memnuatkan kita untuk mengeluarkan ''energy '' yang luar biasa berbanding hari-hari biasa.

apa yang penting?
daripada huraian diatas , terdapat satu kunci pada persoalan pokok yang dibincangkan. kita tidak sepatutnya melayan peresaan takut atau cemas sebaliknya kita patut menghadapainya ''kerana org yang cemerlang adalah orang yang menghadapi masalah dan orang yang kecundang adalah orang yang lari dari masalah'' anggap sahaja kepahitan atau kepayahan yang kita hadapi sebagai satu hadiah dari tuhan untuk menjadikan kita lebih baik dan lebih cemerlang!!
maka berusahalah semua moga-moga kiat semua berjaya pada bahagian masing-masing.

assalamaualikum dan wallahualam

No comments:

Post a Comment